Hadi Awang
HADI AWANG

Menurut Setiausaha Politik Presiden Pas itu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, beliau sudah mula bercakap pada malam tadi dan kelihatan ceria serta telah menjamah makanan lembut pada pagi ini.

"Antara perkara pertama yang disebut beliau kepada saya malam tadi setelah mula bersuara ialah supaya menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau.

"Pihak keluarga dan kepimpinan Pas juga mengajak ahli dan penyokong pelbagai peringkat untuk terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar proses pemulihan kesihatan beliau berjalan lancar dan terbaik," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Marang itu selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), di sini dan sedang dirawat serta di bawah pemerhatian doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ahmad Samsuri berkata, Abdul Hadi masih dihadkan untuk menerima pelawat kecuali keluarga terdekat. - UTUSAN ONLINE