Sumbangan itu merupakan kerjasama Perkeso dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melibatkan perbelanjaan implan berjumlah RM4,052.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang juga Ahli Lembaga Perkeso, Datuk Azih Muda kepada Nurul Nadirah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Bantuan itu juga merupakan kes pertama di Malaysia di bawah Program Prihatin Keluarga Angkat Perkeso (Protek) 2019.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Hussin serta pengurusan HSNZ.

Dalam nahas pukul 9.20 pagi, 25 Mei lalu di Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus, Nurul Nadirah cedera parah di kaki manakala ibu bapanya, Anuar Said, 59, dan Che Khasliza Che Hussin, 53, maut.

Turut terkorban dalam kejadian itu pasangan suami isteri, Hafiz Mohd. Ibrahim, 29, dan Siti Nur Shahila, 26, yang menaiki kereta lain. - UTUSAN ONLINE