MOHAMAD FUZI HARUN
MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, buat masa ini proses siasatan dalaman terhadap Najib masih diteruskan.

Beliau menjelaskan, per­tuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini hanyalah melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau boleh kami juga mahu mempercepatkan proses (pertuduhan) tetapi harus mematuhi proses yang ditetapkan.

“Apabila siasatan lengkap, kita perlu rujuk pada DPP (timbalan pendakwa raya). Kita akan menunggu arahan seterusnya. Jadi ini adalah proses normal,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.