Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong, bilangan wabak HFMD menurun 35.3 peratus iaitu sejumlah 11 wabak HFMD dilaporkan sehingga minggu epid 27 tahun ini, berbanding 17 wabak HFMD dalam tempoh sama tahun 2017.

"Taman asuhan kanak-kanak (taska) atau tadika telah menyumbang sejumlah 63.6 peratus wabak HFMD pada tahun ini, sementara hanya 23.5 peratus wabak sama disumbangkan oleh taska atau tadika pada tahun lalu sehingga minggu epid 27.

"Sehubungan itu, semua pihak pengurusan taska, pusat asuhan atau jagaan kanak-kanak perlu perlu melakukan beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang isolasi, menjaga kebersihan serta memastikan adik-beradik kepada pesakit juga tidak dihantar ke taska untuk mengelak penularan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka anjuran Hospital Pakar Putra di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Tey Kok Kiew dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Chong May Lee. - UTUSAN ONLINE