Timbalan Perdana Menteri berkata, kertas kerja itu akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia kepada jemaah menteri supaya dapat dibincangkan dengan teliti.

"Langkah ini juga supaya penyelesaian jangka panjang dapat dicari. Bukan sahaja di pantai timur tetapi di seluruh negara dan dalam apa juga situasi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pra pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamatan Antarabangsa Asia (Natsec) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - UTUSAN ONLINE