Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku pukul 10.15 malam itu disedari seorang polis bantuan di bangunan berkenaan yang kemudiannya bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Semasa pengadu yang bekerja sebagai polis bantuan di Berjaya Waterfront City Johor Bahru, pengadu telah diberitahu oleh rakan setugas di mana sebuah kereta Proton Saga FLX bewarna biru dan dinaiki seorang lelaki disyaki telah merempuh tembok di tingkat dua bahagian belakang bangunan berkenaan sebelum terjatuh.

“Polis bantuan itu yang bergegas ke bawah mendapati lelaki berkenaan masih berada di dalamnya sebelum pengadu bertindak menghubungi ambulans untuk membawa lelaki berkenaan mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE