“Sektor perkhidmatan kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.

“Sektor ini menyediakan 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri-industri antaranya eDagang, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan di sini hari ini.

Menurut Salleh keupayaan kerajaan membuka jutaan peluang pekerjaan adalah hasil daripada dasar dan perancangan teliti yang mengambil kira perkembangan dunia semasa serta wujudnya suasana aman damai di negara ini. - BERNAMA