Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan tetap tidak bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memindahkan kedutaan negara itu ke Baitulmaqdis.

“Kita masih belum ada Kementerian Luar, polisinya kita teruskan sebab dalam Parlimen kita setuju dengan apa yang kerajaan lama (Barisan Nasional) buat.

“Kita juga tidak bersetuju dengan pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan delegasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) di kediamannya di Bukit Segambut di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE