TONY PHUA

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Phua berkata, dengan penjimatan tersebut, lebih banyak projek untuk rakyat dapat dijalankan pada masa depan.

“Kepada 20,000 pekerja, se­perti didakwa MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) akan kehilangan pekerjaan mereka akibat penamatan kontrak, biar saya tekankan bahawa kerajaan bukannya membatalkan projek tersebut.

“Anda akan peroleh ba­nyak lagi peluang apabila projek baharu dijalankan pada kos lebih rendah, manakala langkah penjimatan yang bermakna lebih banyak projek akan dijalankan pada masa akan datang,” katanya menerusi surat terbuka kepada MMC Gamuda yang tular dalam media sosial hari ini.

Gamuda dalam mak­­­luman kepa­da Bursa Malaysia memberitahu, MMC Gamuda yang merupakan sya­ri­kat usaha sama 50:50 antara Gamuda dan MMC tidak mene­rima sebarang pemberi­ta­huan rasmi berhubung pena­matan kontrak bawah tanah MRT2 oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. atau kerajaan.

Syarikat usahasama itu te­lah terlibat dalam perbinca­ngan dan rundingan dengan Ke­menterian Kewangan sejak dua bulan lalu untuk mengkaji skop kerja dan spesifikasi projek dengan matlamat mencapai kompromi pengurangan kos.

Dalam pada itu, Tony menasihatkan para pekerja MMC Gamuda untuk membuat pe­tisyen supaya mendesak kepimpinan syarikat berkenaan memberikan tawaran terbaik kepada kerajaan.

“Daripada memulakan petisyen di Change.org untuk mendesak kerajaan menarik balik keputusan membatalkan kontrak, adalah lebih bermanfaat jika memulakan petisyen mendesak bos-bos anda di MMC Gamuda memberi tawaran terbaik kepada kerajaan,” katanya.