Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kenyataan berhubung perkara itu hanya akan dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Walaupun memahami kemarahan yang timbul berikutan daripada insiden ini, adalah penting untuk kita tidak membiarkan perasaan peribadi menentukan tindakan yang patut diambil.

"Adalah tidak adil untuk menghukum seseorang melalui media sosial hanya kerana perasaan kita mengenai isu ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau menegaskan, pendirian kerajaan adalah jelas dan konsisten sebagaimana kenyataan yang pernah dikeluarkan pada 2 Julai lalu berhubung kes seorang lelaki berusia 41 tahun yang bertindak mengahwini seorang gadis berusia 11 tahun. - UTUSAN ONLINE