SHAHIDAN KASSIM
SHAHIDAN KASSIM

Menurutnya, prinsip itu menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk tidak menghantar pulang pelarian ke negara asal sekiranya kerajaan tahu bahawa pelarian itu akan dianiaya atau mungkin terbunuh di negara asal mereka melainkan mereka pulang atas kerelaan sendiri.

"Kerajaan menyedari bahawa bantuan yang diberikan sebenarnya melebihi bantuan yang diberikan oleh negara lain.

"Namun, bantuan ini diberikan atas dasar kemanusiaan yang kerajaan berusaha bantu etnik Rohingya dengan memberikan pelbagai bentuk bantuan sehingga mereka dihantar ke negara ketiga atau pulang ke negara asal," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata setakat 31 Okt lepas, seramai 63,814 pelarian Rohingya berada di negara ini dan jumlah itu meningkat 1,661 orang berbanding 62,153 pelarian pada bulan sebelumnya.- BERNAMA