Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mangsa ribut di negeri itu baru-baru ini.

“Saya difahamkan lebih 1,800 rumah dan 30 sekolah di daerah Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan.

“Sesungguhnya Allah SWT mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan.

“Apa yang kita miliki semuanya adalah anugerah dan pinjaman daripada Yang Maha Esa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE