Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan) Muhd. Ali Zakariah berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, bantuan segera boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya fikir di Selangor ini tidak patut lagi ada keluarga yang daif sebab ini negeri maju. Kerajaan negeri kena proaktif dan perlu lebih kerap turun padang, bukan me­nunggu media laporkan terlebih dahulu.

“Kita pun sedih bila dapat tahu pelajar kembar terpaksa berkongsi kasut. Kenapa keluarga ini tidak diberi bantuan awal persekolahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas nasib Jamal Rashid Zakaria yang ha­nya mampu membelikan sepasang sahaja kasut hitam untuk anak kembarnya yang bersekolah di darjah lima.

Dalam pada itu, Muhd. Ali berkata, kerajaan juga perlu me­­rangka suatu meka­nisme dalam memastikan semua rak­yat tidak tertekan dengan kenaikan kos hidup pada hari ini.

“Jika perlu kembali kepada sistem pemberian bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), laksanakanlah kerana ini untuk kepentingan rakyat,” jelasnya.