Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan nafi pelarian Rohingya dihantar ke Sarawak

PUTRAJAYA 13 Sept. - Kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara ini tidak akan dipindahkan ke Bau dan Serian, Sarawak seperti ditularkan melalui media sosial.

RICHARD RIOT JAEM
RICHARD RIOT JAEM

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak merupakan berita palsu dan meminta semua pihak tidak mempercayainya.

“Beliau turut menggesa supaya mana-mana pihak yang menerima berita palsu ini melalui media sosial segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain