IDRIS HARON

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, projek tambakan laut di pantai perkampungan itu akan memberi impak positif kepada kira-kira 1,500 penduduk dari segi pembangunan ekonomi tambahan selain memastikan nasib mereka terbela.

“Perkampungan Portugis ini akan kita kekalkan selain tarian, makanan dan kepentingan mereka akan tetap kita jaga.

“Ini adalah jaminan kerajaan dan pihak Perzim telah meletakkan beberapa elemen yang perlu dilindung dan orang Portugis tidak akan pupus seperti orang Red Indian di Amerika,” katanya dalam Persidangan Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Kata Idris, penambakan laut juga akan menambah keluasan negara secara fizikal.

Jelasnya, walaupun kelak perkampungan itu tidak lagi mempunyai pantai, ia akan dihubungkan ke kawasan tumpuan utama seperti Kota Laksamana, Pulau Melaka dan kawasan sekitarnya dengan terbinanya lebuh raya.

Kata Idris, perkampungan itu seluas 13 hektar dengan lapan hektar daripadanya merupakan penempatan penduduk yang didiami oleh kira-kira 120 keluarga.