Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasrat itu bukan satu angan-angan tetapi berdasarkan asas yang dimiliki oleh TNB sendiri yang kini telah menerokai industri tenaga di pelbagai negara seperti Arab Saudi, Turki, India dan Eropah.

Katanya, TNB sendiri telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu oleh Brand Finance yang beribu pejabat di London, apabila meletakkan TNB pada kedudukan ke-24 daripada 50 jenama utiliti terkemuka dunia melalui laporannya bagi tahun 2017.

“Saya mengiktiraf projek Transit Aliran Massa (MRT) yang dilancarkan hari ini sebagai infra rakyat. Tetapi saya juga mengiktiraf TNB sebagai infra rakyat, dengan menyedikan bekalan elektrik iaitu keperluan yang sangat penting kepada negara.

“Kerajaan akan terus mendokong TNB bagi memastikan syarikat itu terus bersaing di peringkat dunia dan menjadi ‘powerhouse’ (syarikat utama) dalam industri tenaga di rantau ini dan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata semasa berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran TNB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE