Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut direkodkan dari Januari sehingga Jun lalu.

"Daripada keseluruhan sabitan itu, sebanyak 43 kes melibatkan kesalahan pemerdagangan manusia, manakala 24 kes berunsur pemerdagangan manusia.

"Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, jumlah tangkapan yang direkodkan adalah sebanyak 363 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO) Bilangan 2 Tahun 2017 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Ahmad Zahid seterusnya berkata, penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan mangsa pemerdagangan manusia sebagai satu perkembangan positif dan perlu diteruskan.

Jelas beliau, ia selaras dengan komitmen negara dalam melaksanakan pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah berkuat kuasa sejak 2015. - UTUSAN ONLINE