Dr Mahathir berkata ia perlu disegerakan kerana beliau sendiri perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi urusan tertentu.


"Kerajaan akur dengan keputusan Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan. Ia adalah mengikut perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Teregganu di sini, hari ini.


Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris.


Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz semalam. Baginda menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Dis 2016. - BERNAMA