Perdana Menteri berkata, wa­lau­pun rekod pencapaian wanita sangat baik, namun beliau masih belum berpuas hati dan mahu usaha tersebut diteruskan lagi.

Beliau berkata, negara-nega­ra yang mengetepikan peluang un­tuk kaum wanita semakin sedar bahawa mereka sukar mencapai ke­jayaan tanpa penglibatan wa­nita.

“Negara yang selama ini tidak menunjukkan komitmen mereka untuk memperkasakan wanita su­dah pun sedar kalau wanita t­idak dikesampingkan maka ne­gara ber­kenaan tidak mungkin ber­jaya.

“Apatah lagi dalam era Revo­lusi Industri 4.0 peranan wanita semakin penting dan sebab itu­lah kita melihat peranan me­reka lebih-lebih lagi pada ta­hun ini,” katanya ber­ucap melancarkan lo­go dan menjenamakan Tahun Mem­perkasa Wanita 2018 (TMW18) dan laman sesawang www.tmw18.gov.my di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Slogan ‘Wanita Gemilang' di­pi­lih sebagai slogan bagi TMW18 yang bertepatan dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masyarakat un­tuk memastikan inklusiviti ter­hadap wanita selain berdaya saing di peringkat global.

Yang hadir sama, Timbalan Per­­dana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pem­bangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Ro­hani Abdul Karim; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan menteri-menteri Kabinet.

Perdana Menteri berkata, nega­ra akan memperoleh peluang yang lebih dan semakin meluas dengan dilibatkan secara menyeluruh peng­­libatan wanita dalam proses membuat keputusan sama ada da­lam sektor awam mahu pun swasta.

“Hari ini beberapa program me­libatkan beberapa program utama, saya yakin jika semua program ini dilaksanakan sepenuhnya kita akan dapat menyaksikan peningkatan wanita dalam konteks arus pembangunan negara.

“Program tersebut adalah Pro­gram Celik Pelaburan, Program Wanita Malaysia, Program Impak Kemanusiaan dan Program Revo­lusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau juga mahu tumpuan di­berikan kepada golongan isi ru­mah berpendapatan rendah (B40) agar satu mekanisme dicari untuk membantu menambah sumber ke­wangan mereka.

“Jangan lupa bagi tumpuan ke­pada golongan B40 dan salah satu cara agar pendapatan mere­ka dapat dilonjakkan ialah de­ngan melibatkan dua ahli ke­luar­­ga (suami isteri) menjadi penyumbang kepada pendapatan keluarga dan negara.

“Kalau setiap keluarga menjadi penyumbang (suami isteri be­­ker­ja) sudah tentu pendapatan akan bertambah sekali ganda,” katanya.