Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerajaan belum berhasrat ubah harga minyak secara harian

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu di Padang Kampung Pindah, Kampung Baru, di sini, hari ini. Turut bersama, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Datuk Affendi Zahari (dua dari kiri). - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kerajaan setakat ini belum berhasrat untuk menukar mekanisme penetapan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan kepada harian.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, formula penetapan harga bahan api yang dicadangkan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini juga memerlukan masa serta penelitian secara menyeluruh.

"Elok kita bagi sedikit masa untuk KPDNKK menyelaras bagaimana (penetapan) mekanisme perubahan harga mingguan ini.

"Jika dilaksanakan mengikut penetapan harga harian, ia memerlukan persediaan yang rapi manakala pengusaha dan pemilik syarikat minyak juga perlu membuat persiapan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Johari berkata, penetapan harga minyak secara mingguan akan diteruskan buat masa ini sehingga keputusan lebih baik dapat dicapai yang dapat memberi faedah kepada semua pihak termasuk rakyat serta kalangan pengusaha bahan api berkenaan.

"Penetapan harga minyak mingguan setakat ini nampak 'ok' dah. Semua orang boleh mendapat manfaatnya.

"Pada akhirnya kelak, kerajaan tidak mahu ambil duit daripada pengguna. Kalau harga minyak jatuh, pengguna mesti mendapat manfaat dan begitu juga kalau harga minyak naik bermakna pengguna kena menanggungnya (kesan kenaikan)," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain