Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, sebanyak 11,057 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 213 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon akan menerima keputusan melalui pos atau calon boleh mendapatkannya dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

“Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan bermula pukul 10 pagi pada 13 September dan tamat pada pukul 6 petang pada 19 September,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian itu, tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.-UTUSAN ONLINE