Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Keputusan DNA akan diperoleh dalam beberapa hari


Anggota keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat
Anggota keluarga tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat tahu anak mereka antara mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat hari ini.-fotoBERNAMA

;KUALA LUMPUR 14 Sept. - Keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) bagi 21 pelajar tahfiz dan dua orang guru yang maut dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, proses tersebut mengambil masa tambahan pula apabila melibatkan mangsa yang ramai.

Katanya, sampel daripada ibu bapa mangsa yang terlibat sedang di ambil bagi mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat.

Pihak hospital akan menggunakan sepenuh masa dan melakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mayat membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Bencana.

"Ujian DNA terpaksa dilakukan kerana kebanyakan mangsa mengalami kecederaan yang teruk da sukar untuk pengecaman dibuat oleh waris," katanya pada sidang akhbar di Lobi Utama Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain