Kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut dilihat memasuki kediaman itu pada pukul 11.50 pagi sebelum keluar pukul 2.15 petang tadi.

Antara yang dilihat memasuki kediaman bekas Presiden UMNO itu termasuklah Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak, Datuk Seri Nazri Aziz selain peguam, Harpal Singh Grewal.

Sehingga kini proses siasatan di kediaman bekas perdana menteri itu masih berjalan yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak pukul 10.30 malam tadi. - UTUSAN ONLINE