Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, kod amalan sedia ada sudah lapuk dan perlu diperbaharui supaya dapat mencerminkan kemajuan dalam pencegahan dan rawatan HIV yang dibuat pada 2001.



“Kita juga akan mengukuhkan komitmen serta menyokong usaha Yayasan AIDS Malaysia dan Majlis AIDS Malaysia dalam menguatkuasakan kod amalan seterusnya memastikan perlindungan undang-undang bagi pekerja yang menghidap HIV supaya tidak berlaku diskriminasi dalam sesuatu organisasi kerja.



“Sebelum ini, kod amalan tidak ditetapkan dalam dasar sumber manusia di tempat kerja dan hanya terdapat beberapa garis panduan yang dibuat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKMP),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Beliau berkata demikian selepas melancarkan forum “Malaysian Business Consortium on HIV/AIDS (MBCH) Forum 2017” anjuran Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama JKKP.



Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dr. Mohr. Ghazali Abas; Presiden Majlis AIDS Malaysia, Bakhtiar Talhah dan Ketua Pengarah JKKP, Datuk Ir. Mohtar Musri.

Mengulas lanjut, Richard memberitahu, pada masa ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat menerusi forum yang dihadiri beberapa delegasi ASEAN supaya perancangan dan keputusan dibuat secara holistik. - UTUSAN ONLINE