Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan dengan lanjut berhubung kes-kes buli dalam kalangan murid sekolah.

“Kes buli perlu dilihat secara serius. Oleh itu kementerian akan membawa perkara ini dalam majlis sosial akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra menteri bersama kumpulan sasar kementerian 2017 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rohani turut mencadangkan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak diwujudkan di Sabah dan Sarawak mengambil kira faktor geografi.

“Mungkin Sabah dan Sarawak perlu mempunyai mahkamah mereka sendiri. Bayangkan jika mereka ada kes di sini (Putrajaya) pastinya ia memerlukab perbelanjaan yang tinggi untuk pelbagai kos,” katanya.

Semalam, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak telah mengendalikan empat kes pertama sejak dilancarkan pada 22 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE