Justeru tegasnya, pihaknya bersedia untuk ‘duduk semeja’ bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkasakan kerjasama yang sememangnya sudah terjalin sebelum ini.

“Polis memang sudah ada di sekolah-sekolah selaku pegawai perhubungan. Begitu pun kita masih boleh duduk berbincang dengan KDN bersedia memberikan kerjsama penuh bagi mengatasi masalah ini.

“Kami sudah ada senarai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi itu dan perkara itu pun pernah ditularkan sebelum ini. Cumanya saya fikir masih ada beberapa maklumat lain yang perlu kami dapatkan dari KDN dengan kami berharap untuk melaksanakan tindakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melawat Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan Volvariella di Kampung Padang Nyior di sini hari ini.

Nur Jazlan dalam sidang akhbarnya kelmarin turut mendedahkan bahawa saringan air kencing dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tahun lalu mendapati 1,475 daripada 36,675 pelajar terlibat dengan najis dadah. - UTUSAN ONLINE