Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, tuduhan fitnah tersebut merupakan satu percubaan untuk menyembunyikan ketidakcekapan kerajaan PKR Selangor dalam pengurusan air sehingga menyebabkan kontroversi gangguan bekalan air yang berlaku.

“Rizab margin simpanan air di Selangor pada 2017 adalah kosong peratus. Faktor ini dikenalpasti antara penyumbang utama masalah bekalan air di Selangor.

“Jika berlaku kerosakan loji, paip pecah atau kenaikan permintaan mendadak seperti pada musim perayaan, kemungkinan kawasan tertentu di Selangor mengalami gangguan bekalan air adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE