Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu susulan pihaknya menerima aduan berhubung pek promosi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama terkenal itu yang didakwa menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi selepas mengambil produk berkenaan.

“Pengadu memaklumkan bahawa anak beliau mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk, cirit-birit dan demam panas setelah mengambil produk susu tepung berkenaan.

“Justeru, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terbabit.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi Kementerian Kesihatan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE