Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malah menyifatkan kejayaan kerajaan memastikan RUU tersebut mendapat sokongan tidak berbelah bahagi membuktikan agenda rakyat lebih penting daripada kepentingan parti.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen, Syed Saddiq turut ‘menghadiahkan’ kejayaan RUU diluluskan kepada semua anak muda yang berhasrat terlibat sama dalam pembangunan negara.

“Ini kemenangan anak muda secara keseluruhannya. Mereka yang mahu diiktiraf, mahu suara diambil kira, ingin memberikan pendapat dalam perancangan masa depan negara dan mahu memastikan masa depan negara dirangka golongan muda.

“Sekarang semua parti politik dan tokoh korporat perlu bekerja keras untuk memastikan aspirasi anak muda akan sentiasa diwakili selepas ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE