NAJIB TUN RAZAK bertemu Maithripala Sirisena di Presidential Secretariat Building, Sri Lanka, semalam. - BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pertemuan empat mata beliau dengan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena hari ini, wa­kil dari kedua-dua negara akan dilantik bagi menyelesaikan masalah tersebut dalam tem­­poh terdekat.

“Presiden Sri Lanka mencadangkan kepada kita (Malaysia) supaya mewujudkan satu meka­nisme iaitu mereka melantik dua wakil dan kita juga melantik dua wakil untuk menyelesaikannya dalam masa terdekat.

“Saya lihat ini satu perkembangan positif. Ada cahaya di hujung terowong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sempena lawatan rasmi pertamanya ke negara ini di sini.

Najib berkata, isu yang dihadapi Dialog Axiata tersebut telah membantutkan pelan pembangunan syarikat itu yang merancang untuk melabur sebanyak AS$300 juta (RM1.23 bilion) bagi mengembangkan perkhidmatan­nya di Sri Lanka.

Dialog Axiata merupakan pelabur luar terbesar di Sri Lanka dengan jumlah pelaburan seba­nyak AS$2.2 bilion (RM9.02 ­bilion). – UTUSAN