JAMES MASING

Sehubungan itu, tegas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. James Jemut Masing, sudah cukup kerajaan Sabah dan Sarawak ditipu atau ‘ditutup mata’ selama lebih 55 tahun ini.

Malah ujar Presiden Parti Rak­yat Sarawak (PRS) itu, Dr. Mahathir tidak layak untuk ber­cakap mengenai kleptokrasi ber­dasarkan apa yang dilakukan oleh syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terhadap Sarawak apabila ‘mencuri’ (hasil minyak dan gas) selama 22 tahun di negeri ini.

“Kajian (terha­dap­ MA63) yang disebut dan dicadangkan oleh Dr. Mahathir hanyalah umpan untuk menangguhkan proses mengembalikan tuntutan kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Seharusnya kita (kerajaan Sabah dan Sarawak) tidak lagi tertipu. Selama 55 tahun kita ‘ditutup mata’, cukuplah,” ujar­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut James ber­ka­ta, bagi mempercepatkan proses tersebut, kerajaan Sabah dan Sarawak sendiri boleh memulakan kerja-kerja pengauditan dalam perjanjian itu dan pihak Putrajaya boleh menyer­tainya kemudian bagi mencukupi kuorum.

Katanya, hal ini kerana MA63 adalah Perjanjian Disewa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membentuk Malaysia sebagai Persekutuan.

“Jadi, biarkan tiga pihak yang menandatangani perjanjian ini (Malaya, Sarawak dan Sabah) melakukan audit sama ada terdapat sebarang pelanggaran ter­hadap pemahaman MA63,’’ katanya.