TEO NIE CHING
TEO NIE CHING 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, keputusan tersebut bagi mempermudahkan kemasukan anak-anak berkenaan telah diputuskan dalam mesyuarat pihaknya pada minggu lalu.

"Selepas ini, jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia boleh mendaftar sekolah dengan mengemukakan sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkatan bagi anak angkat.

"Kita akan menghantar surat ke Jabatan Pelajaran dalam masa terdekat mengenai keputusan itu agar dapat dimulakan pada awal tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pagar Alumni di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei; Naib Presiden Persatuan Teochew Kuching, Tan Cho Yen, Presiden Persatuan Ex-Highian Kuching, Pauline Gan Guet Beng dan Pengetua SMJK Kuching High, Tan Kiang Tuang.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, mengikut maklumat yang diterima dua tahun lalu daripada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa sekitar 300,000 anak tanpa warganegara berusia 18 tahun ke bawah di negara. - UTUSAN ONLINE