Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu bagi memastikan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.

“Setiap anggota Kemas dituntut agar menghayati falsafah, dasar dan aspirasi kerajaan yang kemudiannya disampaikan kepada masyarakat luar bandar dengan harapan agar mereka juga turut sama merasai aspirasi tersebut,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas 2019, dekat sini hari ini.

Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Kemas yang julung kali diadakan bertujuan menerangkan hala tuju dan peranan warga Kemas sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar. - UTUSAN ONLINE