Ketua Pasukan Aerobatik Al Fursan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Leftenan Kolonel Nasser Alobaidli berkata, juste­ru setiap juruterbang aerobatik perlu menjalani latihan dengan kerap dan meningkatkannya ketika menghampiri sesuatu pertunjukan.

Katanya, yang memiliki pengalaman selama 2,400 jam penerbangan, beliau akan memastikan setiap ahli pasukannya menjalani latihan dua kali sehari.

“Kami berasa sedih dengan apa berlaku terhadap pasukan aerobatik Jupiter, namun ia adalah lumrah bagi seseorang juruterbang yang melakukan pertunjukan ini.

“Saya berharap kejadian itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus beraksi,” katanya ketika ditemui di kawasan pendaratan pesawat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pasukan Aerobatik Black Knights dari Singapura, Kolonel Nalpon Patrick Selvan berkata, latihan merupakan kunci utama bagi sesebuah pasukan aerobatik.

“Oleh itu, sebelum kita datang ke Langkawi untuk beraksi, kami telah melaksanakan sesi-sesi latihan secukupnya,” katanya.