NOR BALQIS
NOR BALQIS

Bapa gadis tersebut, Zamri Jusoh, 42, memberitahu, kehilangan Nor Balqis disedarinya dan isteri, Rosliza Hussin, 45, apabila mereka pulang ke rumah selepas membeli berang keperluan harian.

Anak gadisnya itu tidak ditemukan di kawasan rumah, manakala usaha menghubungi rakan-rakannya dan saudara mara juga menemui jalan buntu.

"Kami juga dapati tiga pasang pakaiannya tidak ada dalam almari baju.

"Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana dan dengan siapa dia keluar kerana kami tidak pernah melihat dia bersama teman lelaki atau kawan perempuan yang rapat," katanya.

Justeru, Zamri telah membuat satu laporan berkenaan kehilangan anak perempuannya di Ibu pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang perselisihan dan anak perempuannya juga tidak menunjukkan sikap pelik sebelum kehilangannya.

"Saya berharap dia akan pulang dan saya juga berharap orang ramai dapat membantu mengesan kedudukan anak perempuan saya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan Nor Balqis boleh menghubungi Zamri di talian 018-786 3199 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE