“Isu bekalan air bersih di negeri-negeri ini sangat kritikal terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak misalnya kita perlu memikirkan kaedah atau sistem baharu untuk membekalkan air terawat dan bersih terutamanya di kawasan pedalaman dan rumah panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Bekalan Air Malaysia Keempat di sini hari ini.

Menurut Xavier, antara kaedah yang telah dikenal pasti ialah dengan memproses dan merawat air menggunakan sumber air sedia ada di kawasan tersebut seperti sungai dan hujan.

Bagaimanapun, katanya, proses tersebut memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi, justeru pihaknya berharap kerajaan negeri serta pihak swasta dapat bersama-sama bekerjasama bagi memastikan isu bekalan air bersih dapat disediakan dalam tempoh lima tahun ini. - UTUSAN ONLINE