Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kelantan catat jual beli rumah lebih RM600 juta tahun lalu

Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Kota Jembal
Datuk Abdul Fattah Mahmood (dua kanan) melihat sebahagian model rumah di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Kota Jembal di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 12 Sept. - Pasaran hartanah di negeri ini kekal positif sejak tiga tahun lalu meskipun dalam keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Laporan Tahunan Pasaran Harta­nah 2016 yang dikeluarkan Pusat Informasi Hartanah Nasional (NAPIC) menunjukkan negeri ini mencatatkan transaksi bernilai lebih RM600 juta dalam sektor perumahan tahun lalu.

Beliau berkata, pencapaian itu sekali gus membuktikan penduduk negeri ini mempunyai kuasa beli yang tinggi.

"Kelantan adalah negeri yang sedang pesat membangun dan bukannya mundur sebagaimana tohmahan sesetengah pihak.

"Kira-kira 90 peratus pembeli rumah di negeri ini adalah penduduk tempatan dan sedikit sahaja orang luar kerana undang-undang tanah di negeri ini yang ketat.

"Keupayaan kewangan rakyat yang tinggi juga mendorong syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agresif membuat pembangunan perumahan sejak 2014," katanya kepada pemberita di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Kota Jembal di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Datuk Dr Ramli Mamat; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Pengerusi SPP Development Sdn Bhd, Datuk Hassan Mohamood.

Sementara itu, Wan Zawawi berkata, Projek Perumahan Bercampur Kota Jembal bernilai RM90 juta itu merupakan kerjasama antara PKINK dan SPP Development Sdn Bhd melibatkan pembinaan 242 unit rumah di atas tanah seluas 12 hektar dalam Mukim Tok Ku dan Mesira di sini iaitu sempadan antara Kota Bharu dan Bachok. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain