Baginda bertitah selepas berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka sambutan menyambut ‘Hari Deepavali’ yang dihoskan oleh Pakar O & G KPJ Perlis Specialist Hospital, Dr Hari Ram a/l Ramayya di kediaman beliau di sini semalam.


Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Turut berangkat, anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Baginda turut mengingatkan bahawa pepatah ada mengatakan “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

“Tiada apa yang mustahil jika kita membulatkan tekad, keazaman, bekerjasama dan berusaha dengan sepenuh jiwa,” titah baginda.