kek-1
 

Antara yang menerima pada kali ini adalah Rumah Kanak-Kanak Arau, Rumah Mak Teh, Rumah Seri Penyayang Jejawi, Asrama Yayasan Saad dan Rumah Orang-Orang Tua Kaki Bukit.

Majlis pemotongan kek tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kampung Rama, Sanglang ketika baginda singgah di rumah salah seorang di antara tiga orang asnaf iaitu Che Ah bt Dan bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kawasan kariah berdekatan dengan rumah itu.

Program tersebut diadakan bersempena ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Khas Sempena Menyambut Hari Keputeraan KeBawah DYMM Tuanku Raja Perlis’ yang juga merupakan kayuhan bilangan ke 51 baginda bagi tahun 2019’ ini yang bermula dan berakhir di perkarangan Masjid Al Maghfirah, Kepala Batas Pauh, Kampung Sungai Korok, Sanglang, Simpang Empat.

Turut hadir ialah Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Nasaruddin Abdul Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Para peserta kayuhan yang melalui Kampung Kepala Batas, Tok Pulau, Permatang Kersik, Bunga Mas, Sungai Padang dan Kg Bongor Kudung itu

diraikan dengan sajian laksa yang dihoskan oleh kepimpinan serta anggota masyarakat setempat kampung berkenaan.

Di akhir program, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitahkan bahawa

berdasarkan ‘Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan’ yang lalu, dianggarkan 3.5 juta iaitu 17.5% penduduk negara ini menghidap kencing manis atau diabetes. Jumlah itu jauh berbeza dengan peratusan sekitar tahun 1960-an yang mana ketika itu hanya 1 hingga 2% sahaja yang menghidapinya.

Peningkatan secara mendadak ini secara tidak langsung menyangkal dakwaan yang mengatakan ia hanya dihidapi oleh orang-orang ’kaya’ dan yang tinggal di bandar sahaja. Lebih membimbangkan adalah peningkatan kes di usia muda iaitu kira-kira 3 kali ganda sejak 15 tahun lalu. Kos yang diperlukan untuk merawat penyakit-penyakit ini begitu tinggi. Oleh itu, semua peringkat masyarakat harus mengamalkan gaya hidup sihat bermula daripada sekarang dan lakukanlah pemeriksaan kesihatan secara berkala demi untuk kebaikan semua.