Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A. Hamid berkata, pihaknya menganggarkan kira-kira 30 hingga 40 peserta dari seluruh negara akan menyertai kejohanan pada kali ini.

“Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM7,000.

“Pada masa sama pada 21 Oktober ini, MDKL dan Pejabat Kesihatan Daerah akan menganjurkan Karnival Sihat, Cergas dan Cantik peringkat negeri di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (Pulapes) Jugra bermula dari 8 pagi hingga 1 petang,” katanya, di sini semalam.

Beliau menambah, pelbagai acara menarik seperti senamrobik, berjalan kaki, pertandingan ikon Comey, promosi program bantuan Sihat Selangor, pemeriksaan kesihatan, pertandingan kuiz dan pameran oleh institusi pengajian tinggi turut diadakan.

“Sehubungan itu, saya berharap agar penduduk khususnya di daerah ini dapat menyertai serta memeriahkan sepanjang dua hari acara berlangsung,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kejohanan paragliding boleh hubungi Unit Korporat dan Perhubungan Awam MDKL di talian 03-31803694.

Bagi Karnival Sihat, Cergas dan Cantik pula boleh hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MDKL di talian 03-31803140. - UTUSAN ONLINE