Anugerah itu disampaikan oleh Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Ahmad Rafi Mohamed Eshaq semasa program ceramah bertajuk “From Cyberjaya To The Event Horizon Of A Black Hole” di sini semalam.

Pada masa sama, Ahmad Rafi berkata, MMU amat berbangga dengan kejayaan Kevin kerana beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan di dalam penemuan penting sejarah astronomi.

Selain itu, Ahmad Rafi menyifatkan Kevin sebagai wira MMU kerana kejayaannya telah mencetuskan inspirasi kepada warga universiti khususnya di dalam kalangan para pelajar.

“Malaysia memerlukan lebih banyak saintis dan jurutera. Kami berharap Kevin dapat memberi inspirasi kepada orang lain menerusi sumbangan beliau ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada 10 April lalu, dunia telah digemparkan dengan berita imej pertama lubang hitam yang dirakam oleh manusia.

Imej ini adalah hasil kerjasama lebih 200 saintis di seluruh dunia termasuk Kevin yang menggunakan lapan teleskop radio di enam lokasi seluruh negara.


Anak kelahiran Pulau Pinang, Dr. Kevin Koay selaku antara individu merakam imej pertama Lubang Hitam pada April lalu.

Lubang hitam atau black hole yang terletak di angkasa lepas merupakan antara penemuan misteri kerana ia tidak digambarkan dalam mana-mana kajian saintifik.

Setakat ini, ia hanya digambarkan sebagai lubang gelap kerana terletak dalam jarak trillion kilometer dari bumi. - UTUSAN ONLINE