KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2018 - Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat kali ke 14 pertanyaan-pertanyaan lisan di Parlimen di sini hari ini. GAMBAR: SAIFUL BAHARI ASHARI / PEMBERITA: AZMAN IBRAHIM / FARHANA JONI / SHEILA RANI (MEJA AM UTUSAN MALAYSIA) / HAFIZI (MEJA AM KOSMO).Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil NOTATERBITANKOSMO15 OGOS 2018RABUMUKA 12150818KArchived By RM

AHMAD FAHMI: Terima kasih kerana beranggapan sedemikian! Saya berperanan sebagai Pengarah Komunikasi parti dan semestinya saya perlu membantu mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dan erat di antara calon, parti, rakan-rakan media dan orang ramai.

Bagaimana YB melihat perjalanan kempen Datuk Seri Anwar setakat ini?

Alhamdulillah, setakat ini ketika kita memasuki minggu terakhir kempen, nampaknya semua program berjalan dengan lebih rancak. Tambahan pula dengan kehadiran lebih ramai pimpinan, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta begitu ramai rakan seperjuangan yang lain.

Sepanjang minggu lalu, kehadiran penyokong dalam beberapa siri ceramah calon PH kurang memberangsangkan. Mengapa perkara itu berlaku?

Kebiasaannya pada hari be­kerja, pengundi yang bekerja atau tinggal di luar kawasan akan terus berada di luar kawasan. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak mengikuti perjalanan kempen. Buktinya ada siaran FB Live yang ditonton begitu ramai termasuk juga pengundi yang menetap di luar kawasan.

Jadi saya tidak begitu bimbang jumlah kehadiran di ce­ramah-ceramah terutama bagi yang diadakan pada pertengahan minggu. Yang kami utamakan sekarang adalah usaha mencari dan memastikan pengundi keluar mengundi atau Get Out The Vote (GOTV), serta usaha menyeru balik mengundi bagi pengundi luar kawasan.

Boleh dikatakan kempen kali ini hampir tiada serangan peri­badi tetapi timbul dakwaan Datuk Seri Anwar menggunakan aset dan jentera kerajaan semasa berkempen. Komen YB?

Dakwaan-dakwaan ini tidak tepat, kerana Datuk Seri Anwar dari awal telah memberi komitmen bahawa beliau sendiri tidak akan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Malah pada hari penamaan calon, Datuk Seri Wan Azizah juga tidak menggunakan kereta rasmi untuk berkempen.

Jika Datuk Seri Anwar hadir ke mana-mana program, ia adalah atas kapasiti beliau dijemput penganjur. Tetapi PH sentiasa sensitif terhadap isu ini dan akan mengingatkan jentera serta pimpinan untuk mengelak daripada menggunakan sebarang jentera kerajaan untuk berkempen.

Datuk Seri Anwar mendahului pesaing-pesaingnya dari segi perang siber mahupun perang poster. Adakah tahap sokongan yang tinggi itu boleh ditafsir sebagai kemungkinan beroleh majoriti undi yang besar?

Insya-Allah, tetapi saya tidak mahu jentera PH mengambil sikap sambil lewa. Kita perlu be­kerja keras untuk memastikan jumlah pengundi yang tinggi keluar mengundi pada 13 Oktober nanti.

Jumlah majoriti agak sukar untuk dijangkakan, memandang­kan kali ini ada beberapa faktor termasuk jumlah calon serta sentimen rakyat terhadap kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Saya harap pengundi di Port Dickson akan menggunakan peluang ini untuk memilih seorang wakil rakyat yang insya-Allah akan menjadi Perdana Menteri kelapan.