Begitu konsep yang diketengahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika melancarkan Kedai Integriti atau kedai sebaneka tanpa penjaga di kampusnya di sini hari ini.


Menerusi pendekatan itu, secara tidak langsung, budaya amanah dan integriti dapat dipupuk di peringkat kampus khususnya dalam kalangan golongan mahasiswa.


Konsep kedai yang bakal beroperasi di Anjung Siswa itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Cawangan Perlis.


Berkenan hadir sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Turut hadir Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof. Datuk Dr. Mustaffa Mohamed Zain dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Zailuddin Ariffin. - UTUSAN ONLINE