MOHD. KHALIL KHADER MOHD.
MOHD. KHALIL KHADER MOHD.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, jaminan tersebut merupakan perkara utama dalam tugas dan tanggungjawab setiap anggota polis untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman setiap masa.

"Hingga kini, tahap keselamatan dan ketenteraman adalah baik dan terkawal di negeri Johor. Adalah dinasihatkan agar masyarakat di negeri Johor patuh terhadap semua arahan dalam pelaksanaan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 ini dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada," katanya.

Mohd. Khalil  turut menyeru masyarakat untuk beramai-ramai keluar mengundi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemilih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri sebelum ini menyasarkan lebih 80 peratus daripada 1.8 juta pengundi berdaftar di negeri ini akan keluar mengundi esok. - UTUSAN ONLINE