Ketua pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pegawai-pegawai itu akan bertindak sebagai duta bagi membantu ahli persatuan menyediakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan cara yang betul.

"JKDM mendapati masih terdapat syarikat berdaftar GST menghadapi masalah berkaitan isu ini terutamanya dalam membuat pengikraran yang betul pada penyata GST-03.

"Langkah ini diambil berdasarkan dasar baharu JKDM iaitu pematuhan melalui pendidikan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam SeMalaysia ke-80 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE