Pensyarah Sastera Ban­dingan Bahasa Melayu-Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Pabiyah Tok Lubok berkata, keba­nyakan rencana yang dihantar hanya bersifat laporan, peristiwa dan ulasan buku.

“Saya agak kecewa sedikit sebab tiada penulisan berbentuk kajian yang dihantar dalam HSKU kali ini. Walau bagaimanapun, bagi rencana karya indie ada yang dilihat berkualiti dengan cuba menampilkan kelainan kepada khalayak pembaca.

“Ini kerana, karya sebegitu tidak perlu mengikut gaya penulisan biasa yang kadang-kadang dibenarkan menggunakan bahasa kesat bagi menyampaikan maksud sesuatu cerita yang di­tulis,” katanya di sini hari ini.

HSKU merupakan acara tahunan anjuran Utusan Melayu (M) Berhad bagi menghargai karya-karya sastera dalam genre cerpen, sajak, novel remaja dan esei.

HSKU yang berusia lebih tiga dekad penganjurannya akan mengadakan majlis penyampaian hadiah di Dewan Besar, Ibu pejabat Utusan Melayu di sini pada 27 Februari bermula pukul 3 petang dan terbuka kepada orang ramai.