Karnival anjuran Mara de­ngan kerjasama Utusan Malaysia itu bertujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai berkaitan institusi pendidikan milik agensi tersebut ­de­ngan lebih dekat.

Eksekutif Jualan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Cawangan Kelantan, Siti Hanizah Mohd. Noordin berkata, karnival tersebut menjadi medan terbaik untuk lepasan sekolah mendapatkan maklumat me­ngenai peluang pendidikan ditawarkan Mara.

Katanya, selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama Utusan Malaysia sepanjang karnival tersebut.

“Karnival ini bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang, pada 4 dan 5 Mac ini. Tiada bayaran masuk dikenakan.

“Antara aktiviti disediakan di ruang pameran pihak Utusan Malaysia ialah Bengkel Wartawan Kadet, cabutan bertuah, mini studio serta jualan pelbagai produk terbitan Kumpulan Utusan,” katanya.

Selepas negeri ini, karnival sama akan bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Mac ini.