Pakar Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Dr. Shohei Matsuura berkata, ini kerana masalah pencemaran udara akan menghadkan aktiviti luar kanak-kanak.

“Keadaan persekitaran yang bahaya di mana kanak-kanak dihalang melakukan aktiviti fizikal dan riadah di luar akan mendatangkan risiko obesiti.

“Andaian ini dibuat ekoran tragedi keracunan merkuri di Kumamoto, Jepun yang berlaku pada tahun 1960-an lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi taklimat pakar JICA sempena Program Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana di Bilik Gerakan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE