Dalam nahas pada pukul 9.15 pagi itu, M. Veerasshan yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian manakala bapanya, S. Muniandy, 46, hanya cedera ringan.

Dua sepupu lelaki Veerasshan, R. R. Yageswara, 24, yang memandu kereta jenis Toyota Hilux dan R. Parvithiran, 18, masing-masing patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, empat sekeluarga ini dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Pulau Pinang untuk menziarahi bapa Parvithiran yang meninggal dunia.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak tersebut cedera parah dan maut di tempat kejadian. Yageswara dan Parvithiran yang cedera masing-masing dirujuk ke Hospital Fatimah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE