Menurut jurucakap (seorang pegawai lelaki) Pusat Gerakan Operasi Bomba, kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan itu dikenali sebagai Alvincent Ak. Amy ditemui oleh orang kampung berkenaan di kawasan hutan 2.5 kilometer dari rumahnya pada jam 9.32 pagi ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berkenaan dihentikan lewat malam tadi dan disambung pada jam 8 pagi ini.

Operasi dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Boma Sukarela Kampung Simpok diketuai oleh Alice Luna Balan, anggota polis, APM, Rela dan penduduk kampung.

Ketika operasi semalam anggota penyelamat hanya dapat mengesan bekas tapak kaki dipercayai milik mangsa.

Operasi SAR berkenaan ditangguhkan pada jam 2.30 pagi tadi dan disambung semula pada pagi jam 8 pagi tadi. Kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Klinik Kesihatan Teng Bukap untuk pemeriksaan kesihatan. -BERNAMA